Mungkin ramai di kalangan warga semenanjung masih belum dapat berpeluang menjejakkan kaki di Negeri Sabah. Entri kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya ke Negeri Sabah dan mungkin boleh menjadi petunjuk kepada mereka yang akan ke Sabah.
Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun. (Sumber Wikipedia)
Fasa 1:
Untuk melancong ke Sabah, pastikan perkara-perkara berikut telah anda selesaikan terlebih dahulu.

- Tiket Penerbangan
- Penginapan
- Pengangkutan Darat (Kereta)
Ini adalah versi budget dan tidak memerlukan pemandu pelancong untuk membawa anda. Jadi, kena betul-betul pastikan 3 perkara ini diselesaikan dan disahkan terlebih dahulu.
Apa yang perlu dibawa?
Kalau ditanya apa yang perlu dibawa, satu rumah pun kita nak bawa. Tapi memadai dengan membawa keperluan asas untuk melancong sahaja. Bukan apa, ke Sabah perlu naik flight, jadi barang yang boleh dibawa adalah terhad. Pastikan anda tidak melebihi had berat bagasi yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Kalau lebih tu, pandai-pandailah bayar lebih ye.
Apa yang penting sekali ialah jangan lupa bawa pengenalan diri seperti Kad Pengenalan, Paspot dan MyKid atau Surat Beranak bagi kanak-kanak. Kamera untuk abadikan kenangan anda jangan lupa bawa pula.
Untuk Fasa Kedua, saya akan ceritakan dalam entry seterusnya.
1 comment:
Teringin nak pergi Sabah...harap info dapat membantu.
Post a Comment