Rumah Terbalik |
Seawal 6.00 pagi kami telah memulakan perjalanan ke Kundasang. 6 pagi di Kota Kinabalu sudah cerah, bukan macam di semenanjung. Cuaca pagi ini cerah, namun pada sebelah petang biasanya akan hujan.
Dalam perjalanan ke Kundasang, terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda singgah. Lokasi pertama persinggahan kami ialah Rumah Terbalik. Tempat ini terletak di tepi jalan sahaja menuju ke Kundasang.
Apa yang menarik di sini ialah terdapat satu kawasan dimana semua rumah, kereta berada dalam keadaan terbalik. Kadar tiket masuk ialah RM10.00 untuk pemegang MyKad. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.00 dan percuma bagi 3 tahun ke bawah. Rumah terbalik ini dibuka seawal jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.
Untuk lebih lanjut tentang Rumah terbalik ini boleh la rujuk website yang diberikan di sini.
Sekejap jer kami di Rumah Terbalik. Kami teruskan perjalanan menuju ke Kundasang. Tapi sebelum itu, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli.
Tamparuli merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Tuaran, Sabah. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Kadazan-Dusun. Di samping itu, terdapat juga komuniti berbangsa Cina yang berniaga di sini. Tamparuli terkenal dengan daya tarikannya iaitu mempunyai jambatan gantung terpanjang, dengan terciptanya lagu 'Jambatan Tamparuli', yang kini menjadi lagu kegemaran bagi kaum Kadazan Dusun. (Sumber Wikipedia).
Bagi mereka yang gayat atau bahasa kasarnya penakut, sila fikir dahulu sebelum menyeberangi jambatan gantung ini. Nama pun jambatan gantung, dah tentulah bergoyang bila berjalan menyeberanginya.
Peace!!! Kami kat Jambatan Tamparuli |
Bagi mereka yang gayat atau bahasa kasarnya penakut, sila fikir dahulu sebelum menyeberangi jambatan gantung ini. Nama pun jambatan gantung, dah tentulah bergoyang bila berjalan menyeberanginya.
Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang kerana tujuan kami sebenarnya nak melihat keindahan Gunung Kinabalu. Cuaca semakin mendung dan hujan renyai-renyai sudah mulai turun. Huh!!, sepanjang perjalanan ke Kundasang, baru la rasa tercabar sebagai seorang pemandu. Dengan jalan berliku, ditambah dengan hujan lebat dan laluan mendaki.
Suasana di luar sudah semakin sejuk. Hawa dingin sudah dirasai dan kabus-kabus sekali sekala menghalang pemandangan. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di Pekan Kundasang.
Di tepi jalan ada gerai yang menjual buah-buahan dan makanan tradisional masyarakat Sabah. Ada yang sering kita jumpa, tapi ada juga yang tak pernah nampak di Semenanjung. Jadi, bertanya adalah jalan terbaik untuk lebih mengetahui. Jurujual di sini baik-baik, mereka tahu kita pelancong dan akan bercerita tentang buah-buahan yang pelik di sini. Kalau bernasib baik, mereka bagi rasa buah-buahan tersebut.
Di Kundasang ini terdapat juga beberapa tempat menarik. Antaranya ialah Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang. Ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Yang lebih menarik di Kundasang ini ialah lokasinya terletak paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
Kami menuju ke Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou) atau dikenali dengan Desa Dairy Farm. Ini la lokasi yang ramai sangat pelancong nak pergi.
Gerai tepi jalan di Kundasang |

Tu Gunung Kinabalu.... |
Yang lebih menarik di Kundasang ini ialah lokasinya terletak paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
Kami menuju ke Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou) atau dikenali dengan Desa Dairy Farm. Ini la lokasi yang ramai sangat pelancong nak pergi.
Tengok dari pemandangan, ibarat macam berada di New Zealand. Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.
Di sini anda boleh mendapatkan susu lembu yang segar dari ladang. Kalau nasib anda baik, anda boleh menyaksikan bagaimana mereka memerah susu lembu. Biasanya proses ini dijalankan pada waktu petang.
Pada hari ini kami tidak bernasib baik kerana keadaan berkabus. Sekali sekala apabila kabus berlalu, boleh nampak puncak Gunung Kinabalu. Tengok gambar pon dah boleh rasai nyamannya suasana di sini.
Lokasi terakhir kami pergi sebelum pulang semula ke Kota Kinabalu ialah Taman Negara Kinabalu yang dibuka pada tahun 1964 merupakan yang tertua dan paling popular di rantau ini. Pada tahun 2000, ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini merupakan pengesahan masyarakat antarabangsa terhadap kekayaan khazanah hutan yang terdapat di Taman Kinabalu.
Sempat berposing walaupun keletihan |
Taman Negara ini adalah laluan utama para pendaki ke Puncak Gunung Kinabalu. Di sini terdapat hostel, dewan dan tempat makan yang selesa.
Untuk entri seterusnya saya akan menceritakan pengalaman berada di pasar ikan Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment