Monday, 9 September 2013

Taiping Bandar Warisan

Sesuai dengan namanya, Taiping adalah sebuah bandar yang banyak peninggalan sejarahnya tersendiri. Taiping dalam bahasa Cina bermaksud "Aman" dahulunya dikenali sebagai Kelian Pauh.
 
Jika dilihat dari sudut sejarah, banyak perkara pertama yang dilabel kepada Taiping. Antaranya ialah:
  • Bangunan Telegraf di bandar ini adalah yang pertama dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping.
  • Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia.
  • Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.
  • Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport.
  • Muzium Perak tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883.
  • Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879. Merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta di Malaysia.
  • Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883.
  • Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.
  • Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964.
Jadi, kepada mereka yang masih belum pernah sampai ke Taiping, boleh la ke sini. Bandar Taiping semakin pesat membangun dengan pelbagai kemudahan seperti hotel-hotel, pusat membeli-belah dan pembangunan bandar-bandar satelit sekitarnya.

Zoo Taiping yang menempatkan pelbagai jenis haiwan.

Sekitar Taman Tasik Taiping yang masih mengekalkan pokok-pokok warisan.

Kelihatan Bukit Larut dari Taman Tasik Taiping.

1 comment:

Unknown said...

Sepertinya seru, layak untuk di kunjungi, Thanks for info.

Nonton film gratis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...