Thursday, 26 September 2013

Again!! Sabah, versi lepas geram....


Sekali lagi saya sekeluarga ke Sabah. Kali ini versi lepas geram terhadap dua tuntutan. Pertama sebab tak puas pergi bulan Februari lepas. Kedua sebab dapat tiket Air Asia murah. Hehehehehe...

Ke Sabah kali ini kami bersama rombongan guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Permatang To' Kandu, Permatang Pauh. Disebabkan saya pernah ke Sabah sebelum ini, jadi saya dilantik menjadi ketua rombongan. Padahal tau pun sikit-sikit ja, hehehehehe.
 

Kali ini saya tak nak ceritakan panjang lebar sampai 4 episod seperti yang lepas. Saya cuma nak ceritakan tentang aktiviti kami ke Pulau Manukan. Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, selepas Pulau Gaya. Taman Tunku Abdul Rahman diiktiraf sebagai taman laut negara dan terdapat 5 buah pulau dalam taman berkenaan. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot.
 
Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam.

 Seawal 7.00 pagi kami telah siap-siap untuk ke pulau. Dengan bantuan Kak Rose, kami dapat harga bot yang murah untuk ke pulau. Kalau yang pernah baca entry saya sebelum ini, Kak Rose saya kenali semasa kunjungan pertama kami ke Sabah. Kami menaiki bot di terminal belakang Pasar Besar KK. Terminal ini sebenarnya digunakan oleh penduduk tempatan uantuk berulang alik dari Pulau Gaya ke Kota Kinabalu. Ini kerana terdapat perkampungan di Pulau Gaya. Kalau naik di Jesselton Point, kita akan dikenakan cukai jeti. Tapi nasib baik kami ada rakan yang membantu mendapatkan harga bot murah. Kalau naik kat Jesselton Point, pengunjung kena bayar tambang bot ke satu pulau = rm23 + Jetty Fee = rm7.20 + Island Fee = RM3.00. Total semua RM30.20 untuk seorang dewasa. kami dah jimat banyak di situ, tak mau la bagi tau harga bot yang kami dapat, hehehehehehe...


Pulau pertama yang kami singgah ialah Pulau Mamutik. Bot yang kami naiki singgah di sini bagi membolehkan kami melihat pemandangan sekitar pulau ini. Sebelum memasuki kawasan pulau, pengunjung dikehendaki membayar Island Fee sebanyak RM3 seorang. Fee nie hanya dibayar sekali sahaja untuk dan tidak perlu bayar lagi sekiranya ke pulau-pulau lain. Sangat teruja bila berada di jeti, air yang sangat jernih dan boleh nampak ikan-ikan berenang. Kat pulau nie kami diberi masa 15 minit sahaja. Kerana tiada yang menarik di pulau ini melainkan pemandangan yang indah.

Dari pulau boleh nampak Gunung Kinabalu
Kami menuju ke Pulau Manukan, di mana pulau ini merupakan pulau yang paling menarik dikunjungi. Kami tiba di pulau ini awal, masih belum ada pengunjung yang datang. Kat pulau nie, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan. Akan ada pengusaha sukan air yang akan datang kepada anda untuk menawarkan pakej-pakej menarik.


Rugi rasaya kalau dah sampai sini tak menikmati pemandangan yang indah. Apa lagi, aktiviti snorkeling la jawabnya. Kami sewa peralatan snorkeling pada pengusaha bot. Tawar menawar, dapat la harga RM10 sepasang. Kalau nak sewa di pulau pun boleh, RM20 sepasang dengan deposit RM50. Jadi, terpulang kepada anda nak pilih yang mana.


Dah puas bersnorkeling, sempat la pulak kami naik banana boat. Disebabkan Kak Rose kenal dengan pengusaha itu, dapat la murah. Sorang RM10 jer, hehehehe. Tapi, aktiviti sukan air di sini bukan di tepi pantai. Kami dibawa ke tengah laut dengan bot dan di sana baru naik banana boat. Camtu rupanya di sini, tak sama di tempat kita, naik di tepi pantai.

Masa untuk pulang ke Kota Kinabalu
Puas melakukan aktiviti di pulau ini. Jam 3 petang kami bersiap-siap untuk pulang ke KK. Di sini kemudahan memang cukup selesa. Semuanya disediakan kepada pengunjung. Kami sampai ke KK lebih kurang jam 4.00 petang dan berpisah dengan Kak Rose dan keluarga di jeti. Kami dah nak kena pulang ke semenanjung, flight ke Penang jam 7.30 mlm. Rasa cukup letih namun puas dengan aktiviti yang dilakukan. InsyaAllah, ada rezeki akan datang lagi.

Ini la keluarga Kak Rose. Terima kasih teman kami ke pulau
 

3 comments:

Danial Darmin said...

Bang. Ada x contact bot bajet gi pulau manukan.. Atau ajar sikit cm ner nk naik bot selain dari jeti tu.. Plzzz.. nk save bajet ni. Huhu.. Email bleh x bang.
. tdanialtdarmin@gmail.com..

Danial Darmin said...

Bang. Ada x contact bot bajet gi pulau manukan.. Atau ajar sikit cm ner nk naik bot selain dari jeti tu.. Plzzz.. nk save bajet ni. Huhu.. Email bleh x bang.
. tdanialtdarmin@gmail.com..

Unknown said...

Jadi mau pergi kesana :)

Download film engsub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...