Untuk entry jalan-jalan kali ini, LP nak kongsi pengalaman ke Universal Studio Singapore. Mungkin kepada mereka yang belum pernah pergi ke sana, entry ini boleh jadi panduan.
Universal Studio Singapore (USS) terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Tiket untuk masuk ialah SGD74 untuk dewasa dan SGD54 untuk kanak-kanak 4-12 tahun. Bawah 4 tahun masuk percuma. Harga nie adalah untuk peak season, jadi sekiranya bukan peak season harganya lebih murah sedikit. Boleh dapatkan maklumat berkenaan USS di sini.
Kami ke USS menaiki kereta, bertolak dari Pulau Pinang sekitar jam 12.00 malam. Ini pengalaman pertama pandu kereta long distance waktu malam. Kalau ikut perkiraan, Penang ke Johor Baharu mengambil masa sekitar 8 jam pemanduan tanpa henti. Kami tiba ke Johor Baharu sekitar jam 1.00 t/hari. Perjalanan yang lama sebab banyak berhenti-henti.
Kami menginap di Tune Hotel Johor Baharu yang terletak di Danga Bay. Alasan memilih hotel nie ialah kerana harganya murah, boleh beli online, ada kemudahan shuttle bus ke USS. Sangat teruja kerana bilik di Tune Hotel JB nie sangat cantik berbanding tune hotel lain.
Shuttle Bus ke USS tunggu di bawah hotel dan bertolak jam 7.30 pagi. Harga bagi perkhidmatan bas ini ialah RM30 seorang. Kami beli online, jadi dapat harga diskaun RM25 jer untuk perjalanan pergi balik. Sebelum bertolak, penumpang akan diedarkan borang imegresen putih untuk diisi. Ia perlu diserahkan kepada pihak Imegersen bersama pasport nanti.

Perjalanan ke Pulau Sentosa hanya mengambil masa 1 jam sahaja sekiranya perjalanan lancar. Teruja bila berada di Singapura. Negara yang bersih dan hutan-hutan kecil masih dikekalkan walaupun banyak pembangunan. Teringat masa kecil-kecil dulu, saya sekeluarga pernah tinggal lebih kurang 2 tahun di sini, masa tu ayah bekerja sebagai tentera laut di Kem TLDM Woodlands.
Sampai di Pulau Sentosa, bas akan ke terminal di bahagian bawah tanah. Jadi, bila naik eskulator terus boleh nampak globe besar simbol Universal Studio. Globe tempat orang selalu ambil gambar nie di luar USS, jadi kepada yang tak masuk USS pon boleh bergambar di sini.
Kami dah beli tiket online, jadi hanya tunjukkan e-tiket sahaja dan cam biasa, kena pakai gelang. Di sini, anda boleh main semua permainan dan melihat semua pertunjukan yang ada. Tapi, kena beratur panjang la tunggu giliran kalau pergi waktu ramai orang. Namun, ada satu option yang mereka bagi. Anda boleh mendapatkan tiket laluan ekspress bernilai SGD30 dan anda boleh untuk tidak beratur dan mengikut laluan ekspress. Kira macam VIP dan diberi keutamaan.
Harga makanan di sini agak mahal, jadi kami telah buat keputusan untuk beli siap-siap roti dan makanan segera. Kami cuma beli air jer. Terdapat gerai-gerai menjual makanan segera juga. Hanya perlu beli botol air USS dan isinya boleh direfill denga harga murah. jadi dah dapat satu souvenir untuk dibawa pulang iaitu botol air.
Memang seronok tidak terkata bila berada di sini. Segalanya moden dan canggih dan sesuai dengan bayaran mahal untuk tiketnya. Tapi, sebelum memulakan aktiviti, pastikan ambil brochure yang disediakan untuk melihat jadual persembahan agar anda tidak terlepas menyaksikannya. Peta lokasi taman tema juga disediakan untuk memudahkan anda.
Nak cerita semua tempat dan permainan di USS nie memang banyak. Tapi saya highlight tempat dan aktiviti menarik bagi saya sahaja.
LIGHTS, CAMERA, ACTION
Memang seronok bila masuk tempat ni. Sebelum persembahan bermula, sedikit taklimat akan diberikan dan Steven Spielberg seorang pengarah filem Hollywood terkenal akan bercakap melalui skrin besar. Apa yang menarik, studio ini memaparkan bagaimana sesebuah produksi filem membuat pengambaran hanya di dalam studio. Pengambaran ketika ribut taufan dengan dentuman kuat seolah-olah kita berada di lokasi sebenar dilautan. Sehingga kita sendiri dapat merasakan suasana seperti percikan air, haba letupan, gegaran dan situasi pelanggaran kapal. Sungguh menarik dan anda tidak harus melepaskan peluang ini.
TRANSFORMERS
Kalau ke USS, tidak sah kalau tidak ke sini. Pengalaman menaiki roller coaster dalam bangunan dengan paparan 3D menggunakan cermin mata khas. Sangat menarik seolah-olah berada dalam filem Transfomers dengan menaiki sebuah pesawat.
BATTLESTAR GALACTICA
Roller Coster nie adalah yang terpanjang di dunia dengan kelajuan 83km/j. Terdapat dua roller coster iaitu Blue Track dan Red Track yang akan bergerak serentak mengikut track masing-masing. Apa yang menarik ialah, kedua-dunya akan beraksi di udara seolah-olah akan berlanggar antara satu sama lain.
WATER WORLD
Persembahan lakonan secara live dengan aksi-aksi menarik bertemakan air. Lakonan di kolam besar ini seolah-olah mereka berada di lautan dangan penggunaan bot dan jet ski. Hebat persembahan mereka dengan aksi-aksi stunt ditambah dengan letupan-letupan besar. Semuanya real sehingga ada penonton yang basah terkena percikan air.
SHREK 4-D ADVENTURE
Penonton disajikan dengan filem Shrek 4D lebih kurang 20 minit. Yang menariknya ialah watak-watak yang ditayangkan seolah-olah timbul di hadapan kita.
MADAGASCAR
Perjalanan menaiki bot menyusuri sungai buatan. Terdapat watak-watak dalam filem madagascar di kiri-kanan sungai yang kita lalui dan suasana seolah-olah berada di dalam filem tersebut.
Terdapat juga persembahan-persembahan jalanan yang sangat menarik seperti tarian, silap mata dan sebagainya.
Untuk mereka yang beragama islam, surau kecil ada disediakan. Boleh bertanya kepada staf yang bertugas di sana.
Tak puas rasanya, pengalaman yang cukup berharga. Entah bila boleh datang lagi. Sebelum pulang, kena singgah kedai cenderamata untuk beli bawa pulang. Kena juga ambil gambar depan globe USS, sebagai tanda tah sampai sini.
Bas ke hotel tunggu di terminal yang sama dan bertolak 7.30 malam. Cukup letih namun pengalaman paling berharga dan tidak dapat dilupakan.

8 comments:
assalamualaikum....
bestnyer, xsabar plak nak pergi.hehehhee...
urm, toilet ok?
Toilet masalah sket. Untuk orang Islam, kena bawa botol mineral la masuk toilet.
pulau sentosa cocok untuk liburan
thanks infonya...
sepanjang dlm USS tu kalu bawa stroller senang tak?
saya pikir nak bawe coz nanti anak nak tdo..
kalu nak masuk contoh nak tgk shrek 4d advneture , ada tempat simpan stroller ker?
Info sharing - EZRINA: boleh je bawa stroller masuk USS, pasti lah lebih menyenangkan. Dalam tu ada locker disediakan & pelbagai saiz,jika stroller kecil rasa muat.
For info jika tidak mahu bawa stroller sendiri, USS juga ada menyediakan service sewaan stroller ada few sizes. Harga mungkin dalam 10 dollar more or less.
ADD:
Sekiranya ada yang ingin melawat Singapura & untuk dapatkan tiket-tiket pada harga PROMOSI seperti USS - GARDEN BY THE BAY - CABLE CAR - SEA AQUARIUM - SKYLINE LUGE - SINGAPORE ZOO & banyak lagi, boleh hubungi saya atau melawat page Love Travel di www.facebook.com/lovetravel86 . Keep in touch .
.
Jessica Abdul, Love Travel, Tel: +6017-7055381, Email: jessica.travel8686@gmail.com , Web: www.facebook.com/lovetravel86 & lovetravel-love.blogspot.com
Thanks for share, recommended sekali untuk liburan ni.
Hello Semua. Mari berkongsi info terbaru..Nampaknya currency Singapore semakin menaik & MYR pula menurun.. Jadi harga semua berubah seperti harga perbelanjaan dalam Singapura. Terbaru info in FEB 2017 jika MYR to SGD rate dalam minimum 3.2 (ada juga Money Changer caj higher seperti kalau di Bugis Singapura ada yang ambil 3.33, tinggi kan? Kene hati-hati juga dalam memilih money changer ya) btw, Jika anda ingin dapatkan tiket masuk SEA AQUARIUM pada harga murah, sila hubungi saya. Boleh beli & BOOK awal. Harga promosi: SGD 35/MYR 112 sahaja (Adult) dan SGD 25/ MYR 80 sahaja (CHILD). USS pula MYR 211 per adult sahaja (est S66). Tiket original OPEN DATE 3 bulan valid dari tarikh beli. Tiket lain juga ada seperti GARDEN BY THE BAY, SINGAPORE ZOO etc..semua pada harga promosi! Lawati LOVE TRAVEL facebook page juga di >>> www.facebook.com/lovetravel86 // Terima kasih. PIC Jessica (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com
Post a Comment