Tuesday 3 September 2013

Jurugambar Majlis Sambutan Aidilfitri

Syawal hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Seperti kebiasaan, dalam tempoh bulan Syawal nie banyak individu, pejabat-pejabat dan persatuan penduduk mengadakan "Open House". Ada sampai tiga jemputan diterima dalam sehari. Syukur, di Malaysia kita masih boleh menikmati keindahan Aidilfitri dengan suasana yang aman dan sejahtera.
 
Sabtu lalu, Persatuan Penduduk Blok B, Kondominium Mutiara Bandar Perda telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Aidilfitri 2013. Persiapan untuk mengadakan majlis ini diadakan sejak pagi lagi dengan sama-sama bergotong royong membuat persiapan tempat. Manakala kaum wanita bersama-sama menyediakan hidangan untuk disajikan kepada tetamu.
 
Macam biasa, saya ditugaskan untuk merakamkan memori majlis berkenaan. Jadi jurugambar la pulak. Tapi, memang dah jadi kebiasaan untuk aktiviti di blok ni, saya yang memikul tugas berkenaan. Seperti tahun-tahun lepas, saya banyak mengambil gambar foto untuk dijadikan kenangan. Namun pada tahun ini, saya ingin menguji diri dengan mengambil video dan sedikit foto.
 
Alhamdulillah, saya dapat sempurnakan tugasan yang diberi walaupun tanpa bayaran. Saya jadikan sebagai satu latihan. Boleh la nak saksikan video raya yang telah saya hasilkan. Semoga terhibur.

 

 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...