Monday, 3 February 2014

Trip Ke Pulau Pangkor...

Kali ini saya nak kongsi sikit pengalaman ke Pulau Pangkor. Percutian yang singkat sekadar untuk mencari ketenangan dan merehatkan otak.
 
Dari Penang ke Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Untuk ke Pulau Pangkor, terdapat dua jeti yang merupakan pintu masuk utama. Jeti di Lumut adalah yang paling popular dan Jeti di Marina Island merupakan jeti baru dibuka dan lebih ekslusif.

Jeti Lumut merupakan jeti utama ke Pulau Pangkor
 
Namun jeti di Lumut menjadi pilihan kemudahan parking dan untuk membeli belah adalah lebih banyak pilihan. Feri yang menghubungkan tanah besar dan pulau juga lebih kerap di jeti ini. Tiket feri ke Pulau Pangkor RM10 untuk perjalanan pergi balik. Jadi, tiket yang dibeli harus disimpan untuk perjalanan balik nanti.
 
Di Marina Island pon harga tiket sama juga, RM10. Tapi perlu jadi member dulu dengan bayaran RM10 (satu family) atau RM5 untuk seorang. Club member nie valid untuk tempoh satu tahun. Ye la, jeti ekslusif dan perjalanan feri yang singkat, cuma 10 minit.
 
Perjalanan feri dari Jeti Lumut mengambil masa lebih kurang 45 minit. Ha, jangan terkeliru, feri akan singgah di jeti perkampungan penduduk tempatan dulu. Persinggahan kedua baru la untuk pelancong yang nak ke Pulau Pangkor.
 
Dah sampai Pulau Pangkor, banyak la van pink yang tunggu. Pilih ja yang mana suka, semuanya pink dan berbentuk van. Kami menginap di Teluk Nipah dan perjalanan menaiki van lebih kurang 10 minit. Kadar tambang yang dikenakan RM18. Bergantung jugak ikut pemandu, kalo dia nak bagi murah pon boleh. Nak hentam mahal pon boleh.
 
Teluk Nipah menjadi pilihan kerana lebih banyak pilihan penginapan disediakan dan murah. Mudah nak cari makan dan lebih happening berbanding Pasir Bogak dan Teluk Dalam. Jadi, sebelum pergi, search la dalam internet untuk dapatkan lebih informasi.
 
Chalet Nipah Waterfront

Seminggu sebelum pergi, saya dah booking untuk penginapan supaya tak kelam kabut cari hotel masa di Pangkor. Nipah Waterfront jadi pilihan kerana terletak betul-betul tepi jalan dan berhadapan laut. Harga Chalet di sini sering berubah-ubah mengikut musim. Kalau cuti sekolah, mahal la sikit. Masa saya booking, dapat harga RM150 untuk satu malam. Chalet yang cantik, luas, bersih dan kemas. Lokasi tepi jalan dekat dengan kedai-kedai cenderamata, kedai makan dan kedai runcit.

   

Kawasan Teluk Nipah nie popular dengan aktiviti laut. Banyak pengusaha-pengusaha snorkeling, banana boat dan island hopping yang menawarkan harga menarik untuk pengunjung. Kami masa tu pergi Island Hopping & Snorkeling jer.


Island Hopping, boat akan bawa pengunjung ke batu berbentuk Ikan Paus dan Buaya. Lepas tu dibawa pergi snorkeling di sebuah pulau. Ramai betul pengunjung kat situ, sampai ikan pun lari.

Di Teluk Nipah, bab makan jangan risau, banyak kedai makan di kawasan ini. Jalan kaki jer dan hasil laut di sini fresh. Sesuai untuk dibakar atau masak ikut kesukaan masing-masing. Waktu malam di kawasan nie tak sunyi sebab ramai pengunjung lepak-lepak di tepi laut dan banyak gerai-gerai makanan dibuka hingga lewat malam.

     

Pagi di Pulau Pangkor sangant menarik apabila banyak Burung Engang keluar mencari makan. Kami pon sempat beri burung makan sedangkan kami sendiri pon belum makan. Burung liar nie sangat jinak.

    

Aktiviti pagi kami di sini ialah mandi laut. Awal-awal pagi lagi dah ramai orang mandi. Ye la, tengah hari panas-panas sapa nak mandi.

Kami bertolak balik lebih kurang jam 11.00 pagi sebab taknak sesak kat jeti nanti. Walaupun percutian yang singkat, namun cukup berbaloi.
 

5 comments:

zaraCapix said...

done reading.. hehe

tiga lalat said...

Salam. Hee serono ke pulau.

Anonymous said...

nak tanya, parking kat lumut tu parking kat mana? berapa ringgit sehari?

Khazin, btg kali

Anonymous said...

Ada parking bebumbung 60sen sejam

Afifah Ayuni said...

harga van pink berapa ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...