Wednesday, 17 April 2013

Kelahiran Kembar

Apakah reaksi anda yang sudah berumahtangga sekiranya mereka mengetahui si isteri mengandungkan anak kembar? Sudah tentu sangat teruja dan gembira kerana Allah S.W.T telah mengutuskan untuk memberikan anak tapi bukan satu, dua sekaligus. Alangkah gembiranya pasangan tersebut.

Tidak semua mengetahui bahawa melahirkan anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Namun berkat doa dan tawakkal, sepasang anak kembar telah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada tanggal 12 April 2013 lalu lebih kurang jam 5.00 petang. Alhamdulillah, pasangan Mohamad Khusairi dan Nurfarahin telah dikurniakan anak kembar lelaki yang cukup comel. Kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku terhadap anak yang bakal dilahirkan.

Sabtu, 13 April 2013 - Kami sekeluarga menuju ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang bagi melawat anak saudara kembar yang baru dilahirkan. Kami tiba di HKL tepat pada waktu melawat iaitu jam 12.30 tengahari. Namun bayi berada dalam wad pengasingan. Kesian Dhya Mirza tak dapat masuk kerana masih di bawah umur.

Pada sebelah petangnya, bayi sudah boleh dibawa keluar. Alangkah comelnya dua bayi lelaki ini.




 
Nama masih belum diberi. Mungkin mereka sudah ada perancangan nama anak mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...