Thursday, 18 April 2013

Apa itu Gwiyomi?

Hari ini banyak di status-status facebook mahupun di Youtube menceritakan tentang Gwiyomi. Alah, video-video muka prody comel-comel tu. Apa sebenarnya Gwiyomi nie?

Lagu Gwiyomi, atau Kiyomi song (귀요 미송), adalah satu lagu K-pop oleh penyanyi dari Korea Selatan iaitu Hari dan telah dilancarkan pada 18 Februari 2013. Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang juga dipanggil Gwiyomi Player dalam rancangan BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme Internet popular pada bulan Oktober 2012. (Sumber Wikipedia).

Jika dilihat, Gwiyomi ini hanyalah tarian gestur tangan yang comel. Ia mempunyai gerak tarian yang tersendiri dengan riak wajah yang comel. Video parody Gwiyomi dikatakan telah dimuat naik dilaman Youtube oleh penyanyinya sendiri. Dikatakan juga, ada lebih dari 10,000 video berkenaan Gwiyomi dan sekarang ini tarian tersebut telah popular di beberapa buah negara Asia termasuklah Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan juga Malaysia.

Sesiapa yang rasa dirinya comel, boleh la buat video macam nie.


Wednesday, 17 April 2013

Kelahiran Kembar

Apakah reaksi anda yang sudah berumahtangga sekiranya mereka mengetahui si isteri mengandungkan anak kembar? Sudah tentu sangat teruja dan gembira kerana Allah S.W.T telah mengutuskan untuk memberikan anak tapi bukan satu, dua sekaligus. Alangkah gembiranya pasangan tersebut.

Tidak semua mengetahui bahawa melahirkan anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Namun berkat doa dan tawakkal, sepasang anak kembar telah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada tanggal 12 April 2013 lalu lebih kurang jam 5.00 petang. Alhamdulillah, pasangan Mohamad Khusairi dan Nurfarahin telah dikurniakan anak kembar lelaki yang cukup comel. Kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku terhadap anak yang bakal dilahirkan.

Sabtu, 13 April 2013 - Kami sekeluarga menuju ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang bagi melawat anak saudara kembar yang baru dilahirkan. Kami tiba di HKL tepat pada waktu melawat iaitu jam 12.30 tengahari. Namun bayi berada dalam wad pengasingan. Kesian Dhya Mirza tak dapat masuk kerana masih di bawah umur.

Pada sebelah petangnya, bayi sudah boleh dibawa keluar. Alangkah comelnya dua bayi lelaki ini.




 
Nama masih belum diberi. Mungkin mereka sudah ada perancangan nama anak mereka.

Entry Pertama Blog Lensaprima

Assalamualikum pembuka bicara.

Rabu, 17 April 2013 - First entry saya walaupun blog nie dah lama diwujudkan. Pertama sekali saya nak ucap terima kasih sebab sudi buka dan baca kandungan blog nie. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi serba sedikit pengalaman serta memberi panduan kepada semua pembaca tentang setiap perkara yang telah saya lalui. Sebenarnya blog ini telah dirancang untuk dibuat 1st entry pada 1 April lepas. Disebabkan terlalu banyak tugas-tugas yang perlu diselesaikan, jadi terpaksa ditunda pada hari hari ini.
 
 
InsyaAllah setiap entry dan penulisan yang akan disertakan dengan gambar-gambar yang menarik dan penuh dengan informasi. Sekiranya terdapat sebarang komen, maklumbalas serta informasi yang kurang tepat, sila maklumkan kepada saya. InsyaAllah saya akan teliti dan perbaiki sebarang kesalahan.
 
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi pengalaman menerusi blog ini. Selamat membaca 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...