Tuesday, 3 September 2013

Jurugambar Majlis Sambutan Aidilfitri

Syawal hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Seperti kebiasaan, dalam tempoh bulan Syawal nie banyak individu, pejabat-pejabat dan persatuan penduduk mengadakan "Open House". Ada sampai tiga jemputan diterima dalam sehari. Syukur, di Malaysia kita masih boleh menikmati keindahan Aidilfitri dengan suasana yang aman dan sejahtera.
 
Sabtu lalu, Persatuan Penduduk Blok B, Kondominium Mutiara Bandar Perda telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Aidilfitri 2013. Persiapan untuk mengadakan majlis ini diadakan sejak pagi lagi dengan sama-sama bergotong royong membuat persiapan tempat. Manakala kaum wanita bersama-sama menyediakan hidangan untuk disajikan kepada tetamu.
 
Macam biasa, saya ditugaskan untuk merakamkan memori majlis berkenaan. Jadi jurugambar la pulak. Tapi, memang dah jadi kebiasaan untuk aktiviti di blok ni, saya yang memikul tugas berkenaan. Seperti tahun-tahun lepas, saya banyak mengambil gambar foto untuk dijadikan kenangan. Namun pada tahun ini, saya ingin menguji diri dengan mengambil video dan sedikit foto.
 
Alhamdulillah, saya dapat sempurnakan tugasan yang diberi walaupun tanpa bayaran. Saya jadikan sebagai satu latihan. Boleh la nak saksikan video raya yang telah saya hasilkan. Semoga terhibur.

 

 
 

Minyak Naik, Naik Minyak

Hari nie riuh seluruh Malaysia tentang isu harga minyak yang naik 20 sen seliter untuk Petrol RON95 dan Diesel. Dulu sebelum pilihanraya janji macam-macam lagi, tapi lepas pilihanraya, janji tinggal janji. Tapi dah masak sangat dengan sikap ahli politik nie. Tak kira la kerajaan atau pembangkang. Sama jer, semua pandai berjanji. Dah nama pon ahli politik, susah nak cari yang betul. Kalo ada pon dah lama kena cantas. Hehehehe...Bukan nak sembang politik kat sini, cuma sekadar pandangan peribadi saya jer.
 
Bukan apa, sekadar nak sembang tentang perkara yang berkaitan minyak nie. Ye la, harga minyak naik, rakyat Malaysia masih tak berubah. Gaya hidup masih sama, cam takde kesan pun dengan kenaikan harga. Nie baru 20 sen, kena takda subsidi terus, saya rasa gaya hidup akan tetap sama. Kita duk pong! pang! pong! pang! bising kat ofis, FB, tweet tentang kenaikan harga nie. Kata itu tak cukup la, ini tak betul la, beban rakyat la. Tapi tak sedar, sok lusa tetap pi lepak kedai mamak, lepak "stabak", rokok tak berenti, shopping kompleks masih ramai manusia, panggung wayang tak pernah miss, Mekdi & Kepci dah jadi santapan rutin, yang pakai tudung tu alhamdulillah, tapi tudung pun tak main yang pasar malam, nak yang butik ja. Ye la, tak der class la kalo tak guna semua tuh. Hakikatnya, gaji kecik jer, tapi nafsu besar cam orang kaya. Itu lah orang kita (mohon terasa ye).
 
Apa!? saya menyokong kenaikan harga minyak!? Tidak sama sekali, mana ada orang nak bayar lebih dalam dunia nie. Hehehehe. Tapi kita kena berfikir secara rasional, jangan terlalu emosional. Rakyat tak mampu buat apa-apa melainkan masa pilihanraya. Nak boikot isi minyak? Silakan....Pagi nie saya nampak kereta penuh jer kat jalan raya. Yang baru nak pi beli kereta pun masih ramai.
 
Jadi, apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita sendiri perlu sesuaikan dengan keadaan ekonomi sekarang. Jangan dibandingkan dengan dulu-dulu. Dulu sebelum tahun 1990, harga minyak 89 sen jer seliter. Tapi tu dulu. Nanti 20 tahun akan datang bila harga minyak naik, anak cucu kita akan kata, dulu harga minyak RM2.10 jer seliter.

Tak perlu menunding jari mencari kesalahan orang lain. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengurangkan beban rakyat. Yang paling penting, biar ianya menyeluruh dan tidak hanya disasarkan kepada sesetengah pihak sahaja. Golongan yang kaya terus kaya, golongan yang miskin dibantu dan akan kaya, golongan yang sederhana hanya mampu tengok jer sebab apa pun tak layak!! Fikir-fikirkan...

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagat1Perubahan
RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)
Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 200822.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)
1 September 20092.0513.969.9651.2
 
 
 

Harga runcit minyak Malaysia
Tarikh RON 95 Beza RON 97 Beza Diesel Beza
RM/liter Peratus (%) RM/liter Peratus (%) RM/liter Peratus (%)
1 Sept 2009
1.75/1.80
-
2.05
13.9
1.70
-
16 Julai 2010
1.85
2.8
2.10
2.4
1.75
2.9
2 Nov 2010
-
 
2.15
2.4
-
 
1-4 Dis 2010
1.90
2.7
2.30
7.0
1.80
2.9
5 Jan 2011
-
 
2.40
4.3
-
 
1 Feb 2011
-
 
2.50
4.2
-
 
1 April 2011
-
 
2.7
8.0
-
 
5 Mei 2011
-
 
2.90
7.4
-

Friday, 30 August 2013

Blog Bersawang - Selamat Hari Raya

Lama sungguh dah tak post entry kat blog nie...InsyaAllah akan kembali aktif berblog lepas ini...saja nak kongsikan gambar-gambar Aidilfitri 2013 yang lalu. Sebelum itu saya seluruh keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Jumlah ahli keluarga terkini sehingga Aidilfitri 2013


 
 

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Kembali Lagi

 
Alhamdulillah, sekali lagikita ditemukan dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan. Bagi tahun 2013 atau 1434H ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan melakukan kesilapan. Sama-sama kita memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini.
 
Biasanya bulan Ramadhan ini kita diuji dengan ujian yang sangat getir iaitu "nafsu". Paling ketara ialah nafsu membeli ketika di Pasar Ramadhan. Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan semua dan juga diri sendiri agar kita sentiasa beringat ketika berbelanja. Tidak mengikut hawa nafsu bagi mengelakkan pembaziran. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada bulan yang mulia ini InsyaAllah....
 
 

Wednesday, 3 July 2013

Kuala Gula...Apa yang menarik?

Minggu lepas kami sempat ke Kuala Gula. Kalau kawan-kawan saya baca ayat pertama dah tentu gelak berguling-guling. Bukan apa, Kuala Gula nie tak jauh dari kampung saya. Lebih kurang 15 minit memandu. Tapi kami jarang ke sini kerana tiada apa yang menarik melainkan burung dan burung.


Chalet di Kuala Gula Sanctuary Resort
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak dan terkenal dengan burung-burung. Boleh dikatakan burung-burung yang ada di sini adalah jenis yang berhijrah dan wujud mengikut musim.

Kami datang ke sini bukanlah untuk bermalam atau untuk  melihat burung-burung. Kami ke sini mencari makanan yang popular iaitu ketam lembut. Ketam lembut adalah proses dimana ketam biasa diternak sehingga kulit cengkerang bersalin. Jadi, ketam ini tiada cengkerang yang keras kerana cengkerangnya masih lembut dan boleh dimakan kesemua bahagian disebabkan oleh ketiadaan kulit.

 
 
Di Kuala Gula ini, terdapat dua restoran ketam lembut yang popular iaitu Restoran JS Muara dan Restoran Nusantara. Restoran JS Muara terletak di atas air (terapung) manakala Restoran Nusantara di tepi sungai. Pilihan terletak di tangan anda.

Bagi peminat burung dan pencinta alam semulajadi paya bakau, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Terdapat sepuluh buah chalet untuk pelancong yang datang dan bermalam ke santuari ini. Kemudahan lain yang tutut disediakan di Kuala Gula Sanctuary Resort ialah:

  • Superior Room - RM130 hari biasa/RM150 Hujung Minggu
  • Family Room - RM250 hari biasa/RM280 Hujung Minggu
  • Asrama - Dorm A (Maksimum 33 pax)/Dorm B (Maksimum 30pax) pada harga RM350-RM450
  • Dewan Seminar (RM45/pax sehari) - lengkap dengan kemudahan LCD, PA Sistem dan Kelangkapan Asas yang lain
  • Surau
Sekiranya anda berminat untuk bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula Sanctuary Resort, anda boleh menghubungi:

Tel/Fax : +605-8901866
E-mail : kualagularesort@yahoo.com
Facebook : Kuala Gula Sanctuary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...