Wednesday, 26 February 2014

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang atau Penang 2nd Bride telah mula dibina pada tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini akan dirasmikan pada 1 Mac 2014 ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
 
Berikut adalah sedikit informasi tentang jambatan baru ini:
 
Panjang : 24 km
Panjang atas laut : 16.9 km
Lebar Jambatan : 250 m
Rekabentuk : UEM Builders
Kontraktor : China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) & UEM Builders
Diselenggara :  Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
 
Jambatan yang menghubungkan Batu Kawan (di sebelah tanah besar) dan Batu Maung (di sebelah pulau) ini akan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara dengan kos pembinaan sebanyak RM 4.5 bilion ringgit.
 
Lokasi Jambatan Kedua Pulau Pinang
Dijangkakan masa yang diambil untuk menyusuri jambatan ini ialah lebih kurang 20 minit dan kelajuan yang dihadkan ialah 80km/j, kelajuan yang sama seperti Jambatan Pulau Pinang pertama. Jambatan kedua ini mempunyai 2 lorong kereta dan satu motosikal (untuk setiap hala) dan mereka menjangkakan lebih kurang 60% pengguna akan menggunakan jambatan ini setiap hari dan mampu mengurangkan kesesakan lalulintas di jambatan pertama.
 
 
Sumber : www.jambatankedua.com.my
Walaubagaimanpun, kerajaan masih belum mengumumkan kadar tol untuk jambatan kedua ini dan dijangkakan akan diumumkan pada 1 Mac 2014 ini semasa perasmiannya. Tol dikenakan mengikut konsep jambatan pertama iaitu tol sehala untuk masuk ke pulau sahaja. Jambatan ini boleh mula digunakan oleh orang ramai pada 2 Mac 2014 ini. 

Lokasi Restoran Ketam Lembut Kuala Gula

Baru-baru nie LP ada terima banyak pertanyaan tentang Ketam Lembut Kuala Gula. Disebabkan ramai yang bertanya kat mana kedai ketam lembut? Berapa harga? No telefon restoran? dan macam-macam lagi persoalan. Takpa la, entry kali nie LP nak cerita pasal restoran ketam lembut kat Kuala Gula tu.

Peta ke Kuala Gula : A (Tol Bukit Merah) & B (Kuala Gula)
 
Kuala Gula terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Nak cerita jalan ke Kuala Gula nie susah sikit, jadi ambil la GPS Koordinat nie 4.939306,100.468705. Search jer kat Google Map, jumpa la lokasi Restoran Ketam Lembut tu. Kalau nak POI (Point of Interest) lokasi kedai nie, betul-betul ada kat belakang Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Lalu jer lorong sebelah kiri sekolah, jumpa la. 
 
Nama restoran yang LP nak promote kat sini ialah JS Muara. Sebelum nak pergi kat sini, boleh la call dulu untuk reserve tempat dengan ketam. Takut-takut sampai sana kedai tutup ker, ketam habis ker. Penat jer mai jauh-jauh tapi tak dapat makan. Yang teringin nak pergi, boleh la call no nie dulu, 016-5418751. nak suruh masak siap-siap pon boleh, jadi tak perlu tunggu lama kat kedai tu. Biasanya hari cuti ramai orang.


Nie la rupa Ketam Lembut Goreng Tepung
Harga ketam lembut seekor RM8 dah siap masak. Biasanya ramai yang suka ketam goreng tepung. Tapi ikut la citarasa korang. Selain tu, ada jugk masakan lain sama macam restoran tomyam lain dan yang famous kari sembilang. Restoran nie buka untuk makan tengahari sampai lewat malam. Waktu malam ada la artis-artis dok karaoke. Sementara tunggu makanan sampai, boleh la order kerang rebus & bakar kat luar restoran nie.
 
 

Monday, 3 February 2014

Dhya @ Star Khaliff Islamic Kindergarten

Hari nie dah hampir sebulan Dhya masuk tadika. Bila tanya seronok ker sekolah? Jawabnya seronok!! Tapi dah 2 hari nie asik sebut-sebut tak nak pergi sekolah. Dah sampai tahap bosan la tu. Tapi kena pujuk jugak, takut dah biasa cuti, taknak pergi terus.

Tahun nie kami dah ambil keputusan untuk hantar Dhya ke sekolah. Kalau ikut umur, baru 3 tahun setengah. Tapi ikut tahun sekolah, 4 tahun la. Lama jugak servey tadika-tadika yang bagus sepanjang tahun lepas. Jadi kami pilih Tadika Islam Bintang Kalifah (Star Khaliff Islamic Kindergarten) di Seberang Jaya.
 
Apa yang buat kami pilih tadika nie ialah kerana bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Inggeris dan mereka juga menjadikan pendidikan Islam sebagai teras utama selain subjek lain. Jadi, boleh la Dhya belajar Bahasa Inggeris dan asas agama sekaligus.
 
Harap Dhya rajin-rajin la sekolah.

 

Trip Ke Pulau Pangkor...

Kali ini saya nak kongsi sikit pengalaman ke Pulau Pangkor. Percutian yang singkat sekadar untuk mencari ketenangan dan merehatkan otak.
 
Dari Penang ke Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Untuk ke Pulau Pangkor, terdapat dua jeti yang merupakan pintu masuk utama. Jeti di Lumut adalah yang paling popular dan Jeti di Marina Island merupakan jeti baru dibuka dan lebih ekslusif.

Jeti Lumut merupakan jeti utama ke Pulau Pangkor
 
Namun jeti di Lumut menjadi pilihan kemudahan parking dan untuk membeli belah adalah lebih banyak pilihan. Feri yang menghubungkan tanah besar dan pulau juga lebih kerap di jeti ini. Tiket feri ke Pulau Pangkor RM10 untuk perjalanan pergi balik. Jadi, tiket yang dibeli harus disimpan untuk perjalanan balik nanti.
 
Di Marina Island pon harga tiket sama juga, RM10. Tapi perlu jadi member dulu dengan bayaran RM10 (satu family) atau RM5 untuk seorang. Club member nie valid untuk tempoh satu tahun. Ye la, jeti ekslusif dan perjalanan feri yang singkat, cuma 10 minit.
 
Perjalanan feri dari Jeti Lumut mengambil masa lebih kurang 45 minit. Ha, jangan terkeliru, feri akan singgah di jeti perkampungan penduduk tempatan dulu. Persinggahan kedua baru la untuk pelancong yang nak ke Pulau Pangkor.
 
Dah sampai Pulau Pangkor, banyak la van pink yang tunggu. Pilih ja yang mana suka, semuanya pink dan berbentuk van. Kami menginap di Teluk Nipah dan perjalanan menaiki van lebih kurang 10 minit. Kadar tambang yang dikenakan RM18. Bergantung jugak ikut pemandu, kalo dia nak bagi murah pon boleh. Nak hentam mahal pon boleh.
 
Teluk Nipah menjadi pilihan kerana lebih banyak pilihan penginapan disediakan dan murah. Mudah nak cari makan dan lebih happening berbanding Pasir Bogak dan Teluk Dalam. Jadi, sebelum pergi, search la dalam internet untuk dapatkan lebih informasi.
 
Chalet Nipah Waterfront

Seminggu sebelum pergi, saya dah booking untuk penginapan supaya tak kelam kabut cari hotel masa di Pangkor. Nipah Waterfront jadi pilihan kerana terletak betul-betul tepi jalan dan berhadapan laut. Harga Chalet di sini sering berubah-ubah mengikut musim. Kalau cuti sekolah, mahal la sikit. Masa saya booking, dapat harga RM150 untuk satu malam. Chalet yang cantik, luas, bersih dan kemas. Lokasi tepi jalan dekat dengan kedai-kedai cenderamata, kedai makan dan kedai runcit.

   

Kawasan Teluk Nipah nie popular dengan aktiviti laut. Banyak pengusaha-pengusaha snorkeling, banana boat dan island hopping yang menawarkan harga menarik untuk pengunjung. Kami masa tu pergi Island Hopping & Snorkeling jer.


Island Hopping, boat akan bawa pengunjung ke batu berbentuk Ikan Paus dan Buaya. Lepas tu dibawa pergi snorkeling di sebuah pulau. Ramai betul pengunjung kat situ, sampai ikan pun lari.

Di Teluk Nipah, bab makan jangan risau, banyak kedai makan di kawasan ini. Jalan kaki jer dan hasil laut di sini fresh. Sesuai untuk dibakar atau masak ikut kesukaan masing-masing. Waktu malam di kawasan nie tak sunyi sebab ramai pengunjung lepak-lepak di tepi laut dan banyak gerai-gerai makanan dibuka hingga lewat malam.

     

Pagi di Pulau Pangkor sangant menarik apabila banyak Burung Engang keluar mencari makan. Kami pon sempat beri burung makan sedangkan kami sendiri pon belum makan. Burung liar nie sangat jinak.

    

Aktiviti pagi kami di sini ialah mandi laut. Awal-awal pagi lagi dah ramai orang mandi. Ye la, tengah hari panas-panas sapa nak mandi.

Kami bertolak balik lebih kurang jam 11.00 pagi sebab taknak sesak kat jeti nanti. Walaupun percutian yang singkat, namun cukup berbaloi.
 

Thursday, 30 January 2014

Selamat Tahun Baru Cina 2014 (Tahun Kuda)

Esok merupakan hari perayaan bagi masyarakat Cina iaitu Tahun Baru Cina. Menurut Zodiak Cina, tahun 2014 adalah tahun kuda yang diramal membawa banyak cabaran khususnya dalam aspek kewangan dan akan membawa banyak peluang untuk berjaya. Zodiak Cina terdiri daripada 12 bintang haiwan yang setiap satunya melambangkan 12 jenis keperibadian yang berbeza.
 
Sumber : Google
 
Kuda adalah simbol kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir di Tahun Kuda adalah orang yang pintar, bertutur kata luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Mereka percaya bahwa tujuan mereka dalam hidup adalah “untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan.”
 
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...