Friday 27 September 2013

Bisik-bisik Kuala Muda

Jalan-jalan kali ini LP nak kongsi pengalaman kali pertama kami ke Pasar Bisik Kuala Muda. Sebelum nie kami hanya dengar dari kawan-kawan dan pernah sekali muncul di kaca televisyen tentang pasar ini. Dengan berpandukan GPS dan research tentang lokasi tersebut, maka kami sampai ke tempat yang handak dituju.

Untuk pengetahuan, Kuala Muda terbahagi kepada dua bahagian. Ada di sebelah Kedah, dan ada juga di sebelah Pulau Pinang. Kuala Muda ini dipisahkan dengan sebatang sungai. Lokasi pasar bisik yang kami pergi ini di bahagian Pulau Pinang.

Pemandangan di Kuala Muda
Suasana di sini bukan seperti pasar, namun lebih kepada tempat pendaratan hasil laut. Namun terdapat aktiviti jual beli yang berlaku di sisi. Apa yang menarik ialah, pelanggan akan berbisik kepada penjual berkenaan harga yang ditawarkan. Siapa yang menawarkan harga tinggi, maka dia akan dapat membeli hasil laut tersebut. Macam jual secara lelong la, tapi pelanggan lain tak tahu jumlah harga yang kita tawarkan. Kalau pandai berbisik, dapat la harga yang berbaloi.
 

Kalau kali pertama ke sini, kena banyak belajar dulu selok belok urusniaga di sini. Kena pandai bajet harga. Silap bisik, takut nanti anda beli lebih mahal dari harga pasaran biasa.


Hasil tangkapan kami
Kelebihan pasar bisik ini ialah nelayan dapat menjual terus hasil tangkapan kepada pelanggan tanpa orang tengah yang sering memanipulasi harga. Selain itu, hasil laut yang dijual segar-segar belaka.
 

Letih Dhya tunggu
 

Thursday 26 September 2013

Again!! Sabah, versi lepas geram....


Sekali lagi saya sekeluarga ke Sabah. Kali ini versi lepas geram terhadap dua tuntutan. Pertama sebab tak puas pergi bulan Februari lepas. Kedua sebab dapat tiket Air Asia murah. Hehehehehe...

Ke Sabah kali ini kami bersama rombongan guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Permatang To' Kandu, Permatang Pauh. Disebabkan saya pernah ke Sabah sebelum ini, jadi saya dilantik menjadi ketua rombongan. Padahal tau pun sikit-sikit ja, hehehehehe.
 

Kali ini saya tak nak ceritakan panjang lebar sampai 4 episod seperti yang lepas. Saya cuma nak ceritakan tentang aktiviti kami ke Pulau Manukan. Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, selepas Pulau Gaya. Taman Tunku Abdul Rahman diiktiraf sebagai taman laut negara dan terdapat 5 buah pulau dalam taman berkenaan. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot.
 
Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam.

 Seawal 7.00 pagi kami telah siap-siap untuk ke pulau. Dengan bantuan Kak Rose, kami dapat harga bot yang murah untuk ke pulau. Kalau yang pernah baca entry saya sebelum ini, Kak Rose saya kenali semasa kunjungan pertama kami ke Sabah. Kami menaiki bot di terminal belakang Pasar Besar KK. Terminal ini sebenarnya digunakan oleh penduduk tempatan uantuk berulang alik dari Pulau Gaya ke Kota Kinabalu. Ini kerana terdapat perkampungan di Pulau Gaya. Kalau naik di Jesselton Point, kita akan dikenakan cukai jeti. Tapi nasib baik kami ada rakan yang membantu mendapatkan harga bot murah. Kalau naik kat Jesselton Point, pengunjung kena bayar tambang bot ke satu pulau = rm23 + Jetty Fee = rm7.20 + Island Fee = RM3.00. Total semua RM30.20 untuk seorang dewasa. kami dah jimat banyak di situ, tak mau la bagi tau harga bot yang kami dapat, hehehehehehe...


Pulau pertama yang kami singgah ialah Pulau Mamutik. Bot yang kami naiki singgah di sini bagi membolehkan kami melihat pemandangan sekitar pulau ini. Sebelum memasuki kawasan pulau, pengunjung dikehendaki membayar Island Fee sebanyak RM3 seorang. Fee nie hanya dibayar sekali sahaja untuk dan tidak perlu bayar lagi sekiranya ke pulau-pulau lain. Sangat teruja bila berada di jeti, air yang sangat jernih dan boleh nampak ikan-ikan berenang. Kat pulau nie kami diberi masa 15 minit sahaja. Kerana tiada yang menarik di pulau ini melainkan pemandangan yang indah.

Dari pulau boleh nampak Gunung Kinabalu
Kami menuju ke Pulau Manukan, di mana pulau ini merupakan pulau yang paling menarik dikunjungi. Kami tiba di pulau ini awal, masih belum ada pengunjung yang datang. Kat pulau nie, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan. Akan ada pengusaha sukan air yang akan datang kepada anda untuk menawarkan pakej-pakej menarik.


Rugi rasaya kalau dah sampai sini tak menikmati pemandangan yang indah. Apa lagi, aktiviti snorkeling la jawabnya. Kami sewa peralatan snorkeling pada pengusaha bot. Tawar menawar, dapat la harga RM10 sepasang. Kalau nak sewa di pulau pun boleh, RM20 sepasang dengan deposit RM50. Jadi, terpulang kepada anda nak pilih yang mana.


Dah puas bersnorkeling, sempat la pulak kami naik banana boat. Disebabkan Kak Rose kenal dengan pengusaha itu, dapat la murah. Sorang RM10 jer, hehehehe. Tapi, aktiviti sukan air di sini bukan di tepi pantai. Kami dibawa ke tengah laut dengan bot dan di sana baru naik banana boat. Camtu rupanya di sini, tak sama di tempat kita, naik di tepi pantai.

Masa untuk pulang ke Kota Kinabalu
Puas melakukan aktiviti di pulau ini. Jam 3 petang kami bersiap-siap untuk pulang ke KK. Di sini kemudahan memang cukup selesa. Semuanya disediakan kepada pengunjung. Kami sampai ke KK lebih kurang jam 4.00 petang dan berpisah dengan Kak Rose dan keluarga di jeti. Kami dah nak kena pulang ke semenanjung, flight ke Penang jam 7.30 mlm. Rasa cukup letih namun puas dengan aktiviti yang dilakukan. InsyaAllah, ada rezeki akan datang lagi.

Ini la keluarga Kak Rose. Terima kasih teman kami ke pulau
 

Jalan-jalan Universal Studio Singapore (USS)

Untuk entry jalan-jalan kali ini, LP nak kongsi pengalaman ke Universal Studio Singapore. Mungkin kepada mereka yang belum pernah pergi ke sana, entry ini boleh jadi panduan.

Universal Studio Singapore (USS) terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Tiket untuk masuk ialah SGD74 untuk dewasa dan SGD54 untuk kanak-kanak 4-12 tahun. Bawah 4 tahun masuk percuma. Harga nie adalah untuk peak season, jadi sekiranya bukan peak season harganya lebih murah sedikit. Boleh dapatkan maklumat berkenaan USS di sini.

Kami ke USS menaiki kereta, bertolak dari Pulau Pinang sekitar jam 12.00 malam. Ini pengalaman pertama pandu kereta long distance waktu malam. Kalau ikut perkiraan, Penang ke Johor Baharu mengambil masa sekitar 8 jam pemanduan tanpa henti. Kami tiba ke Johor Baharu sekitar jam 1.00 t/hari. Perjalanan yang lama sebab banyak berhenti-henti.

Kami menginap di Tune Hotel Johor Baharu yang terletak di Danga Bay. Alasan memilih hotel nie ialah kerana harganya murah, boleh beli online, ada kemudahan shuttle bus ke USS. Sangat teruja kerana bilik di Tune Hotel JB nie sangat cantik berbanding tune hotel lain.

Shuttle Bus ke USS tunggu di bawah hotel dan bertolak jam 7.30 pagi. Harga bagi perkhidmatan bas ini ialah RM30 seorang. Kami beli online, jadi dapat harga diskaun RM25 jer untuk perjalanan pergi balik. Sebelum bertolak, penumpang akan diedarkan borang imegresen putih untuk diisi. Ia perlu diserahkan kepada pihak Imegersen bersama pasport nanti.
 
Perjalanan ke Pulau Sentosa hanya mengambil masa 1 jam sahaja sekiranya perjalanan lancar. Teruja bila berada di Singapura. Negara yang bersih dan hutan-hutan kecil masih dikekalkan walaupun banyak pembangunan. Teringat masa kecil-kecil dulu, saya sekeluarga pernah tinggal lebih kurang 2 tahun di sini, masa tu ayah bekerja sebagai tentera laut di Kem TLDM Woodlands.

Sampai di Pulau Sentosa, bas akan ke terminal di bahagian bawah tanah. Jadi, bila naik eskulator terus boleh nampak globe besar simbol Universal Studio. Globe tempat orang selalu ambil gambar nie di luar USS, jadi kepada yang tak masuk USS pon boleh bergambar di sini.

Kami dah beli tiket online, jadi hanya tunjukkan e-tiket sahaja dan cam biasa, kena pakai gelang. Di sini, anda boleh main semua permainan dan melihat semua pertunjukan yang ada. Tapi, kena beratur panjang la tunggu giliran kalau pergi waktu ramai orang. Namun, ada satu option yang mereka bagi. Anda boleh mendapatkan tiket laluan ekspress bernilai SGD30 dan anda boleh untuk tidak beratur dan mengikut laluan ekspress. Kira macam VIP dan diberi keutamaan.

Harga makanan di sini agak mahal, jadi kami telah buat keputusan untuk beli siap-siap roti dan makanan segera. Kami cuma beli air jer. Terdapat gerai-gerai menjual makanan segera juga. Hanya perlu beli botol air USS dan isinya boleh direfill denga harga murah. jadi dah dapat satu souvenir untuk dibawa pulang iaitu botol air.

  

Memang seronok tidak terkata bila berada di sini. Segalanya moden dan canggih dan sesuai dengan bayaran mahal untuk tiketnya. Tapi, sebelum memulakan aktiviti, pastikan ambil brochure yang disediakan untuk melihat jadual persembahan agar anda tidak terlepas menyaksikannya. Peta lokasi taman tema juga disediakan untuk memudahkan anda.

   

Nak cerita semua tempat dan permainan di USS nie memang banyak. Tapi saya highlight tempat dan aktiviti menarik bagi saya sahaja.


LIGHTS, CAMERA, ACTION
Memang seronok bila masuk tempat ni. Sebelum persembahan bermula, sedikit taklimat akan diberikan dan Steven Spielberg seorang pengarah filem Hollywood terkenal akan bercakap melalui skrin besar. Apa yang menarik, studio ini memaparkan bagaimana sesebuah produksi filem membuat pengambaran hanya di dalam studio. Pengambaran ketika ribut taufan dengan dentuman kuat seolah-olah kita berada di lokasi sebenar dilautan. Sehingga kita sendiri dapat merasakan suasana seperti percikan air, haba letupan, gegaran dan situasi pelanggaran kapal. Sungguh menarik dan anda tidak harus melepaskan peluang ini.


TRANSFORMERS
Kalau ke USS, tidak sah kalau tidak ke sini. Pengalaman menaiki roller coaster dalam bangunan dengan paparan 3D menggunakan cermin mata khas. Sangat menarik seolah-olah berada dalam filem Transfomers dengan menaiki sebuah pesawat.




BATTLESTAR GALACTICA
Roller Coster nie adalah yang terpanjang di dunia dengan kelajuan 83km/j. Terdapat dua roller coster iaitu Blue Track dan Red Track yang akan bergerak serentak mengikut track masing-masing. Apa yang menarik ialah, kedua-dunya akan beraksi di udara seolah-olah akan berlanggar antara satu sama lain.


WATER WORLD
Persembahan lakonan secara live dengan aksi-aksi menarik bertemakan air. Lakonan di kolam besar ini seolah-olah mereka berada di lautan dangan penggunaan bot dan jet ski. Hebat persembahan mereka dengan aksi-aksi stunt ditambah dengan letupan-letupan besar. Semuanya real sehingga ada penonton yang basah terkena percikan air.

   


SHREK 4-D ADVENTURE
Penonton disajikan dengan filem Shrek 4D lebih kurang 20 minit. Yang menariknya ialah watak-watak yang ditayangkan seolah-olah timbul di hadapan kita.


MADAGASCAR
Perjalanan menaiki bot menyusuri sungai buatan. Terdapat watak-watak dalam filem madagascar di kiri-kanan sungai yang kita lalui dan suasana seolah-olah berada di dalam filem tersebut.




Terdapat juga persembahan-persembahan jalanan yang sangat menarik seperti tarian, silap mata dan sebagainya.

Untuk mereka yang beragama islam, surau kecil ada disediakan. Boleh bertanya kepada staf yang bertugas di sana.

Tak puas rasanya, pengalaman yang cukup berharga. Entah bila boleh datang lagi. Sebelum pulang, kena singgah kedai cenderamata untuk beli bawa pulang. Kena juga ambil gambar depan globe USS, sebagai tanda tah sampai sini.

Bas ke hotel tunggu di terminal yang sama dan bertolak 7.30 malam. Cukup letih namun pengalaman paling berharga dan tidak dapat dilupakan.

Monday 9 September 2013

Taiping Bandar Warisan

Sesuai dengan namanya, Taiping adalah sebuah bandar yang banyak peninggalan sejarahnya tersendiri. Taiping dalam bahasa Cina bermaksud "Aman" dahulunya dikenali sebagai Kelian Pauh.
 
Jika dilihat dari sudut sejarah, banyak perkara pertama yang dilabel kepada Taiping. Antaranya ialah:
  • Bangunan Telegraf di bandar ini adalah yang pertama dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping.
  • Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia.
  • Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.
  • Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport.
  • Muzium Perak tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883.
  • Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879. Merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta di Malaysia.
  • Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883.
  • Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.
  • Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964.
Jadi, kepada mereka yang masih belum pernah sampai ke Taiping, boleh la ke sini. Bandar Taiping semakin pesat membangun dengan pelbagai kemudahan seperti hotel-hotel, pusat membeli-belah dan pembangunan bandar-bandar satelit sekitarnya.

Zoo Taiping yang menempatkan pelbagai jenis haiwan.

Sekitar Taman Tasik Taiping yang masih mengekalkan pokok-pokok warisan.

Kelihatan Bukit Larut dari Taman Tasik Taiping.

Tuesday 3 September 2013

Jurugambar Majlis Sambutan Aidilfitri

Syawal hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Seperti kebiasaan, dalam tempoh bulan Syawal nie banyak individu, pejabat-pejabat dan persatuan penduduk mengadakan "Open House". Ada sampai tiga jemputan diterima dalam sehari. Syukur, di Malaysia kita masih boleh menikmati keindahan Aidilfitri dengan suasana yang aman dan sejahtera.
 
Sabtu lalu, Persatuan Penduduk Blok B, Kondominium Mutiara Bandar Perda telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Aidilfitri 2013. Persiapan untuk mengadakan majlis ini diadakan sejak pagi lagi dengan sama-sama bergotong royong membuat persiapan tempat. Manakala kaum wanita bersama-sama menyediakan hidangan untuk disajikan kepada tetamu.
 
Macam biasa, saya ditugaskan untuk merakamkan memori majlis berkenaan. Jadi jurugambar la pulak. Tapi, memang dah jadi kebiasaan untuk aktiviti di blok ni, saya yang memikul tugas berkenaan. Seperti tahun-tahun lepas, saya banyak mengambil gambar foto untuk dijadikan kenangan. Namun pada tahun ini, saya ingin menguji diri dengan mengambil video dan sedikit foto.
 
Alhamdulillah, saya dapat sempurnakan tugasan yang diberi walaupun tanpa bayaran. Saya jadikan sebagai satu latihan. Boleh la nak saksikan video raya yang telah saya hasilkan. Semoga terhibur.

 

 
 

Minyak Naik, Naik Minyak

Hari nie riuh seluruh Malaysia tentang isu harga minyak yang naik 20 sen seliter untuk Petrol RON95 dan Diesel. Dulu sebelum pilihanraya janji macam-macam lagi, tapi lepas pilihanraya, janji tinggal janji. Tapi dah masak sangat dengan sikap ahli politik nie. Tak kira la kerajaan atau pembangkang. Sama jer, semua pandai berjanji. Dah nama pon ahli politik, susah nak cari yang betul. Kalo ada pon dah lama kena cantas. Hehehehe...Bukan nak sembang politik kat sini, cuma sekadar pandangan peribadi saya jer.
 
Bukan apa, sekadar nak sembang tentang perkara yang berkaitan minyak nie. Ye la, harga minyak naik, rakyat Malaysia masih tak berubah. Gaya hidup masih sama, cam takde kesan pun dengan kenaikan harga. Nie baru 20 sen, kena takda subsidi terus, saya rasa gaya hidup akan tetap sama. Kita duk pong! pang! pong! pang! bising kat ofis, FB, tweet tentang kenaikan harga nie. Kata itu tak cukup la, ini tak betul la, beban rakyat la. Tapi tak sedar, sok lusa tetap pi lepak kedai mamak, lepak "stabak", rokok tak berenti, shopping kompleks masih ramai manusia, panggung wayang tak pernah miss, Mekdi & Kepci dah jadi santapan rutin, yang pakai tudung tu alhamdulillah, tapi tudung pun tak main yang pasar malam, nak yang butik ja. Ye la, tak der class la kalo tak guna semua tuh. Hakikatnya, gaji kecik jer, tapi nafsu besar cam orang kaya. Itu lah orang kita (mohon terasa ye).
 
Apa!? saya menyokong kenaikan harga minyak!? Tidak sama sekali, mana ada orang nak bayar lebih dalam dunia nie. Hehehehe. Tapi kita kena berfikir secara rasional, jangan terlalu emosional. Rakyat tak mampu buat apa-apa melainkan masa pilihanraya. Nak boikot isi minyak? Silakan....Pagi nie saya nampak kereta penuh jer kat jalan raya. Yang baru nak pi beli kereta pun masih ramai.
 
Jadi, apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita sendiri perlu sesuaikan dengan keadaan ekonomi sekarang. Jangan dibandingkan dengan dulu-dulu. Dulu sebelum tahun 1990, harga minyak 89 sen jer seliter. Tapi tu dulu. Nanti 20 tahun akan datang bila harga minyak naik, anak cucu kita akan kata, dulu harga minyak RM2.10 jer seliter.

Tak perlu menunding jari mencari kesalahan orang lain. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengurangkan beban rakyat. Yang paling penting, biar ianya menyeluruh dan tidak hanya disasarkan kepada sesetengah pihak sahaja. Golongan yang kaya terus kaya, golongan yang miskin dibantu dan akan kaya, golongan yang sederhana hanya mampu tengok jer sebab apa pun tak layak!! Fikir-fikirkan...

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagat1Perubahan
RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)
Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 200822.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)
1 September 20092.0513.969.9651.2
 
 
 

Harga runcit minyak Malaysia
Tarikh RON 95 Beza RON 97 Beza Diesel Beza
RM/liter Peratus (%) RM/liter Peratus (%) RM/liter Peratus (%)
1 Sept 2009
1.75/1.80
-
2.05
13.9
1.70
-
16 Julai 2010
1.85
2.8
2.10
2.4
1.75
2.9
2 Nov 2010
-
 
2.15
2.4
-
 
1-4 Dis 2010
1.90
2.7
2.30
7.0
1.80
2.9
5 Jan 2011
-
 
2.40
4.3
-
 
1 Feb 2011
-
 
2.50
4.2
-
 
1 April 2011
-
 
2.7
8.0
-
 
5 Mei 2011
-
 
2.90
7.4
-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...