Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Kembali Lagi

 
Alhamdulillah, sekali lagikita ditemukan dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan. Bagi tahun 2013 atau 1434H ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan melakukan kesilapan. Sama-sama kita memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini.
 
Biasanya bulan Ramadhan ini kita diuji dengan ujian yang sangat getir iaitu "nafsu". Paling ketara ialah nafsu membeli ketika di Pasar Ramadhan. Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan semua dan juga diri sendiri agar kita sentiasa beringat ketika berbelanja. Tidak mengikut hawa nafsu bagi mengelakkan pembaziran. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada bulan yang mulia ini InsyaAllah....
 
 

Wednesday 3 July 2013

Kuala Gula...Apa yang menarik?

Minggu lepas kami sempat ke Kuala Gula. Kalau kawan-kawan saya baca ayat pertama dah tentu gelak berguling-guling. Bukan apa, Kuala Gula nie tak jauh dari kampung saya. Lebih kurang 15 minit memandu. Tapi kami jarang ke sini kerana tiada apa yang menarik melainkan burung dan burung.


Chalet di Kuala Gula Sanctuary Resort
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak dan terkenal dengan burung-burung. Boleh dikatakan burung-burung yang ada di sini adalah jenis yang berhijrah dan wujud mengikut musim.

Kami datang ke sini bukanlah untuk bermalam atau untuk  melihat burung-burung. Kami ke sini mencari makanan yang popular iaitu ketam lembut. Ketam lembut adalah proses dimana ketam biasa diternak sehingga kulit cengkerang bersalin. Jadi, ketam ini tiada cengkerang yang keras kerana cengkerangnya masih lembut dan boleh dimakan kesemua bahagian disebabkan oleh ketiadaan kulit.

 
 
Di Kuala Gula ini, terdapat dua restoran ketam lembut yang popular iaitu Restoran JS Muara dan Restoran Nusantara. Restoran JS Muara terletak di atas air (terapung) manakala Restoran Nusantara di tepi sungai. Pilihan terletak di tangan anda.

Bagi peminat burung dan pencinta alam semulajadi paya bakau, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Terdapat sepuluh buah chalet untuk pelancong yang datang dan bermalam ke santuari ini. Kemudahan lain yang tutut disediakan di Kuala Gula Sanctuary Resort ialah:

  • Superior Room - RM130 hari biasa/RM150 Hujung Minggu
  • Family Room - RM250 hari biasa/RM280 Hujung Minggu
  • Asrama - Dorm A (Maksimum 33 pax)/Dorm B (Maksimum 30pax) pada harga RM350-RM450
  • Dewan Seminar (RM45/pax sehari) - lengkap dengan kemudahan LCD, PA Sistem dan Kelangkapan Asas yang lain
  • Surau
Sekiranya anda berminat untuk bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula Sanctuary Resort, anda boleh menghubungi:

Tel/Fax : +605-8901866
E-mail : kualagularesort@yahoo.com
Facebook : Kuala Gula Sanctuary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...