Thursday 18 April 2013

Apa itu Gwiyomi?

Hari ini banyak di status-status facebook mahupun di Youtube menceritakan tentang Gwiyomi. Alah, video-video muka prody comel-comel tu. Apa sebenarnya Gwiyomi nie?

Lagu Gwiyomi, atau Kiyomi song (귀요 미송), adalah satu lagu K-pop oleh penyanyi dari Korea Selatan iaitu Hari dan telah dilancarkan pada 18 Februari 2013. Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang juga dipanggil Gwiyomi Player dalam rancangan BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme Internet popular pada bulan Oktober 2012. (Sumber Wikipedia).

Jika dilihat, Gwiyomi ini hanyalah tarian gestur tangan yang comel. Ia mempunyai gerak tarian yang tersendiri dengan riak wajah yang comel. Video parody Gwiyomi dikatakan telah dimuat naik dilaman Youtube oleh penyanyinya sendiri. Dikatakan juga, ada lebih dari 10,000 video berkenaan Gwiyomi dan sekarang ini tarian tersebut telah popular di beberapa buah negara Asia termasuklah Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan juga Malaysia.

Sesiapa yang rasa dirinya comel, boleh la buat video macam nie.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...